SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.
Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.
Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.
Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.
Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.
Wednesday, October 6, 2010
Sunday, October 3, 2010
SIAPA PANDAI JAWAB LA....:D
1. Kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ianya tetap tidak penuh. Lubang apakah ini?
2. Rumah biasa kita panggil house, rumah besar kita panggil bangalow, rumah terbakar kita panggil?
3. Kalau kita potong ianya semakin tinggi....

Saturday, October 2, 2010
RAMAI YANG KINI LUPA BERSYUKUR.........
ALLAH AKAN TAMBAH NIKMAT JIKA HAMBA-NYA BERSYUKUR, SEBALIKNYA AZAB PEDIH JIKA KUFUR
KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki; “Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.”
Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Malah, kita sendiri hendakkan ramai kawan di sekeliling kita. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita, tetapi lain halnya dengan lelaki ini.
Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan: “Tidakkan tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud: “…sedikit saja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur…”
Rupanya, dia berharap dan berdoa supaya menjadi orang yang bersyukur. Daripada ayat itu, Allah memberitahu sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.
Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Sangat sedikit manusia berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.
Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.
Firman Allah bermaksud: “Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Zaman sekarang, tiada yang percuma. Semuanya harus dibayar. Tidak bayar, diberi amaran dan lama-kelamaan dikenakan tindakan.
Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma dan mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak dikenakan bayaran.
Apabila mengenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih di dalam diri. Itulah namanya bersyukur.
Remaja yang sentiasa memikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul rasa ingin membalas budi. Bersyukur itu sangat besar kedudukannya dalam Islam. Jika tidak bersyukur, boleh menjadi kufur.
Tetapi bagaimana bentuk syukur yang patut dilakukan? Ada lima bentuk syukur nikmat yang perlu direnungkan.
Pertama, yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.
Kedua, apabila mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Jika kita dikatakan cerdik, ucap saja alhamdulillah kerana yang memberi otak dan cerdik ialah Allah.
Ketiga, terima kasih pada orang yang menjadi penyebab nikmat. Bila cerdik, kena bersyukur pada guru. Anak pula mesti berbudi pada ibu dan ayah yang bersusah payah melahir dan membesarkan mereka.
Keempat, jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Cara bersyukur kerana dapat dapat anak adalah dengan mendidik anak hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Mereka yang menjadi guru mempunyai ilmu patut berkhidmat untuk umat.Kelimat, ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini mesti hati-hati, kerana dibimbangi pula akan mengundang perasaan riak atau bangga diri.
”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” ( Luqman: 18 )

Friday, October 1, 2010
SENYUM SOKMO...
SALAH TAFSIR.......
Dikirim oleh keano16
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Saturday, May 15, 2010
LAWATAN KE PULAU PANGKOR - DONE!
Tarikh: 15-16 Mei 2010
Masa : 7.00 AM - 7.00 PM
Bil. Pelajar: 38 orang
Masa : 7.00 AM - 7.00 PM
Bil. Pelajar: 38 orang
Thursday, May 13, 2010
PROGRAM RIADAH SUKAN EXTREAM PAINTBALL-DONE!
Tarikh: 13-14 Mei 2010
Tempat: Jahang River, Kg. Jahang Gopeng
Tempat: Jahang River, Kg. Jahang Gopeng
Subscribe to:
Posts (Atom)